Print

SEMASA : Pertemuan Bermakna MB - Azizulhasni

Written by Noraini Jusoh Ditulis pada .

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Saya tidak pernah mengabaikan anak-anak muda apatah lagi jika mereka telah berjaya membawa nama Terengganu ke pentas antarabangsa,” kata Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

Print

SUKAN : THT Gandingkan Pemain Import Baru Dan Lama Untuk Kekal Juara

Written by Mohd Syazni Zainudin Ditulis pada .

Pasukan Hoki Terengganu (THT) yang sebelum ini menjadi juara Liga Hoki Malaysia (MHL) untuk dua tahun berturut-turut mempertaruhkan gandingan enam pemain import baharu dan lama, yakin mampu mempertahankan kejuaraan MHL 2016.

Presiden Persatuan Hoki Terengganu (PHT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkatal, untuk tahun ini, THT kembali menggunakan pemain import dari Korea.

Katanya, tiga pemain Korea itu diketuai bekas pemain musim 2014 iaitu Jang Jonghyun dan dua bintang baharu, Kim Junghoo serta Kim Kihoon.

Selain itu, Ahmad Nizam berkata THT turut diperkuatkan dengan kehadiran dua lagi pemain Argentina, Pablo Javier Trevisan dan Nicolas Enrique Della Torre serta bekas kapten pasukan Pakistan, Muhammad Irfan Muhammad Aslam dalam melengkapkan kuota enam pemain import pasukan musim ini.

“Saya yakin dan percaya dengan kehadiran bintang import ini dan gandingan pemain sedia ada mampu membantu pasukan untuk mempertahankan gelaran juara musim lalu dan juga memburu kejuaraan Piala Sumbangsih yang akan berlangsung Jumaat ini.

“Justeru, saya mengharapkan penyokong pasukan hoki Terengganu dapat bersama-sama untuk memberi sokongan kepada skuad THT ketika bertemu KLHC dalam aksi Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Batu Burok Jumaat nanti,” katanya.

Beliau berkata kepaa pemberita di majlis memperkenalkan pemain THT di Stadium Hoki MBKT, Kuala Terengganu, semalam.

Mengulas lanjut saingan MHL musim ini, Ahmad Nizam mengakui cabaran pada kali ini dilihat lebih sengit apabila hampir kesemua pasukan yang bertanding bukan sahaja telah membuat persiapan rapi malah turut mendapatkan khidmat pemain import terbaik mereka.

Katanya, antara pasukan yang dilihat bakal menggugatkan usaha skuad kendalian Sarjit Singh dalam memburu hatrik kejuaraan musim ini termasuklah KLHC dan Sapura yang menggunakan khidmat pemain kebangsaan.

“Bagaimanapun kita masih mempertaruhkan pemain terbaik THT yang dibarisi Mohd Shahrul Nabil Abdullah selaku kapten pasukan, Baljit Singh, Mohd Fitri Saari, Faizal Saari, Ismail Abu, Azlan Misron, Jivan Mohan, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil dan Muhammad Hafizuddin Otham (penjaga gol).

“Malah kita juga (THT) turut memberi pendedahan kepada dua pemain muda, Muhamad Amirul Mirza Rozi dan Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri untuk menyahut cabaran musim ini selain beberapa pemain baharu antaranya termasuklah, Harmeet Singh, Jiwa Mohan, Muhamad Shahiram Zali dan Wan Mohd Hazrul Wan Nawi dalam melengkapkan barisan terbaik 22 pemain pasukan,” katanya.

Print

Semasa : 43 Delegasi Luar Negara Teruja Di Kampung Pelong Dan Seri Kenangan.

Written by Aminudin Ismail Ditulis pada .

Kegembiraan jelas terbayang di setiap raut wajah 43 peserta yang menyertai Kursus Antarabangsa: 'Rural Transformation' yang mengunjungi Kampung Pelong Dan Kampung Seri Kenangan, semalam.

Rata-rata peserta yang ditemui melahirkan rasa seronok berada di kampung berkenaan walaupun tempoh masa kunjungan itu hanya memakan masa kira-kira empat jam sahaja.

Seorang peserta, Patterson Kandoje, 46, dari Malawi, berkata program yang diadakan itu memang baik dan dia begitu gembira berada di negara ini selama dua minggu terutamanya ketika mengunjungi Kampung Pelong dan Kampung Seri Kenangan.

"Bagus, saya seronok tinggal di Malaysia walaupun kunjungan saya tidak lama, kampung ini sangat menarik dan komunitinya baik-baik belaka. Saya akan datang lagi ke sini sekiranya berpeluang berkunjung ke Malaysia semula nanti," katanya.

Samah Tayseer Abdul Salam, 26, pula berkata, dia teruja dengan persembahan dikir barat yang disampaikan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pelong dan gadis dari Palestin itu turut sama berada di pentas mengikut pelajar berkenaan membuat persembahan.

"Persembahan itu (dikir barat) sangat menarik dan saya begitu teruja melihatnya, persembahan seperti ini tiada di tempat saya dan budaya ini di sini berlainan dengan tempat saya, saya rasa seronok hari ini," katanya yang pertama kali berkunjung ke Terengganu itu.

Bagi Wissam Darwich, 30 dari Lebanon pula menganggap penduduk di negara ini ramah- tamah dan mudah mesra dan jika diberi peluang dia akan kembali semula berkunjung ke Terengganu suatu hari nanti.

Katanya, walaupun cuaca di negara ini panas berbanding negaranya Lebanon tetapi dia gembira sejak berkunjung ke Malaysia beberapa hari lalu.

"Terima kasih Malaysia saya gembira berada di negara ini walaupun makanan dan budayanya agak berlainan dengan negara saya, saya mengutip banyak pengalaman baru sepanjang berada di negara ini,"katanya.

Amira Tagelgin, 4, dari Mesir juga mempunyai pendapat yang sama mengenai Malaysia iaitu dia gembira dengan suasana budaya di negara ini dan banyak pengalaman menarik yang dia perolehi ketika berkunjung ke Kampung Pelong dan Kampung Seri Kenangan itu.

"Saya suka ke kampung ini, budayanya amat menarik sekali, saya berharap dapat kembali semula ke sini suatu hari ini, terima kasih," katanya.

Hadir sama, pada program anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLKW) dan Institut Kemajuan Desa (INFRA) itu ialah Yang Di Pertua Majlis Daerah Setiu, Rosdi Awang dan Penolong Kanan Pagawai Daerah Setiu, Mohd Azmidi Abdullah.

Program bertujuan untuk berkongsi pengalaman terbaik Malaysia kepada negara kumpulan sasar dalam aspek pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan di kampung berkenaan itu turut menampilkan pertunjukan silat, dikir barat dan melawat santuari kelah di Sungai Pelong.

Peserta kursus ini adalah dari negara-negara keanggotaan Afrika- Asian Rural Development organization (AARDO) dan ASEAN and Small Island Developing States.