Print

Bajet 2015 : Hadiah RM100 Untuk Setiap Bayi Lahir

Written by adminukom Ditulis pada .

Kerajaan Terengganu akan menyediakan insentif khas sebanyak RM100 bagi setiap bayi yang lahir pada 2015 yang diberikan dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN-i.

“Bagi meraikan kelahiran orang baru dan sebagai tanda cakna serta kasih kita kepada generasi hadapan, kerajaan mengumumkan hadiah sebanyak RM100 untuk setiap bayi yang lahir pada tahun depan,” kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman ketika membentangkan Bajet 2015 di Persidangan Dewan Undangan Negeri semalam.

Mengulas mengenai syarat penerima,  beliau berkata, ibu atau bapa mestilah anak kelahiran Terengganu dan bayi tersebut mestilah lahir di hospital di dalam negeri ini.