Print

KOMUNITI : Ukom Rai Dua Rakan Media Bakal Tunai Haji

Written by Mohd Syazni Zainudin Ditulis pada .

Dua pengamal media negeri ini yang bakal menunaikan haji di tanah suci tidak lama lagi, diraikan dalam satu majlis solat hajat dan doa selamat anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu(Ukom)di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu, hari ini.

Wartawan Al-Hijrah, Ayob Mamat serta jurufoto Ukom, Harish Fadzillah Abu Kasim dijadualkan berlepas pada hari ini.

Kedua-dua wakil media itu dilantik sebagai Urusetia Program Khas Haji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (PKHYABPM.

Turut hadir, Pengarah Ukom, Dato' Rosol Wahid, Timbalan Pengarah Ukom, Ruslan Abdul Rahman dan Mohd Razif Abdul Majid.

Rosol ketika berucap di majlis itu berkata, program ringkas tetapi bermakna itu bertujuan meraikan 'kejayaan' dua rakan media yang terpilih untuk mengerjakan Rukun Islam kelima itu serta mendoakan kelancaran urusan mereka berdua sepanjang berada di Tanah Suci.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan kepada jemaah haji pada tahun ini agar menjaga kesihatan mereka sepanjang berada di sana.

"Saya difahamkan cuaca di sana agak panas untuk musim haji kali ini, jadi para jemaah diingatkan agar minum air dengan kadar yang cukup.

"Selain itu, jangan terkejar-kejar untuk melaksanakan umrah. Lakukan sekadar yang mampu," katanya.

Lebih 40 pengamal media dari pelbagai agensi turut hadir dalam majlis tersebut.